Mei 2008
ISKS Paku Buwana XIII telah berkenan untuk menghadiahkan Buku Karaton Surakarta Hadingrat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sebagai Cenderahati Ikhlas dari Baginda.
Galeri Penerima Gelar 2007 di Karaton Surakarta Hadiningrat
Majlis Santapan Malam bersama DYMM ISKS Paku Buwana XIII di Terengganu
Email : Dato' Alex Ong

BAHASA MALAYSIA | ENGLISH VERSION | 华文
1. Adakah Surakarta ini Solo ? dan apa bezanya dengan Sulu ??
Memang benar Surakarta juga dikenali sebagai Kota Solo perbezaan diantara Sulu dan Solo sangat jauh Sulu di Philipines dan Solo di Indonesia (Jawa Tengah)
2. Semenjak bila Sultan Surakarta memberi Gelar kepada rakyat ?
Sultan Surakarta memberi Gelar kepada rakyat sudah lama, semenjak dari kewujudan Paku Buwana dan yang paling agong sekali ialah semasa Paku Buwana ke X kerana ramai kenalan diserata Dunia. (Tahun 1893)
3. Benarkah Sultan Surakarta pernah memberi gelar kepada rakyat asing ?
Memang benar, Sultan Paku Buwana pernah memberi gelar kepada rakyat asing yang dikira sesuai dan dikira baik etikanya sama seperti prosuder mana-mana Negeri.
4. Adakah Gelaran itu diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ?
Tidak, Kerajaan Malaysia tidak akan mengiktirafkan Gelaran dari Negara asing tetapi Gelaran yang diterima oleh penerima tersebut boleh diguna dan ianya didaftarkan di Istana Surakarta, seperti contoh, jika anda belajar di Taiwan dalam bidang Doktor, anda mendapat Master dalam Bidang Doktor Perubatan, sama juga, Kerajaan Malaysia Tidak akan mengiktirafkan Sijil tersebut tetapi yang nyatanya anda telah belajar dan layak untuk bergelar dan menggunakan title Dr. walau bagaimana pun anda boleh bekerja di Syarikat Swasta dan dibayar Gaji yang lebih tinggi. (sama sahaj konsepnya)
5. Adakah Pembesar Negara termasuk Menteri atau Timbalan Menteri pernah menerima Gelar dari Karaton Surakarta ?
Benar, ramai pembesar Negara pernah terima gelar dari Karaton Surakarta bagi menghargai jasa dan baktinya disesebuah Negara dan ianya satu tradisi budaya semenjak dahulu lagi.
6. Benarkah Sultan Surakarta Pernah menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan ?
Memang benar, Paku Buwana ke 12 pernah menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan manakala Paku Buwana ke 13 sekarang pernah menerima Ahli Mangku Negeri Sembilan sebelum beliau bergelar Raja.
7. Setakat manakah pengiktirafan Negara Indonesia terhadap Karaton ?
Negara Indonesia merupakan Replublik dan pandangan Negara Raja tidak lagi berkuasa dan akan tetapi Raja dan Sultan adalah seperti Simbolik kepada Kebudayaan tidak kira apa sahaja budaya contohnya Karaton Surakarta mengamalkan Budaya Jawa manakala Kerajaan Indonesia masih lagi membantu Istana dengan menyalurkan peruntukkan untuk melaksanakan aktiviti budaya di Istana.
8. Mengapa Negara Indonesia tidak mengiktiraf Sultan / Raja ?
Semenjak Indonesia Merdeka, Negaranya sudah mempunyai perlembagaannya tersendiri dan walau bagaimana pun prinsip Raja tidak lagi diguna pakai semenjak itu pada tahun 1945 ianya amat berbeza jika dibandingkan dengan Negara-Negara yang lain, di Negara lain Raja masih berkuasa, akan tetapi Negara Indonesia Presidennya pernah ke Karaton Surakarta sebagai lawatan rasmi Presiden Replublik itu.
9. Benarkah semua penerima Gelar harus memberitahu Kerajaan Malaysia dahulu sebelum menerima Gelaran dari luar Negara ?
Jikalau mengikut undang-undang Negara Malaysia, memang perkara itu benar, tetapi bagi memberi Gelaran itu adalah Hak Raja jika Negara tidak membenarkan rakyatnya menerima gelar disebabkan kerana Raja / Sultannya tidak diiktiraf di Negara asalnya, ianya bermaksud Negara itu berpandangan tidak baik terhadap Rajanya dalam kata lain menghina Gelaran yang diberi oleh kerana itu, pihak Istana boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa Dunia berkenaan dengan isu seperti kerana Sultan di Karaton Surakarta ini adalah memang wujud dan bukanlah seperti barang permainan.
10. Jika Gelaran itu diberikan kepada Kaki Tangan Kerajaan bolehkah penerima itu Guna Gelaran ini secara rasmi ?
Sebenarnya jika diikutkan dengan peraturan Negara memang tidak dibenarkan, tetapi oleh kerana dengan budi bicara ianya masih bergantung dan terpulang kepada Individu tersebut kerana yang mendapat Gelaran adalah Individu tersebut bukanlah Negaranya.
11. Benarkah Penerima Gelar dari Karaton Surakarta ini melebihi 100 orang yang menetap di Malaysia ?
Memang benar, ianya sudah melebihi 100 orang semenjak tahun 2001 lagi
ianya bertapak di Malaysia dan Penerima Gelar ini akan hadir ke Karaton
untuk menerima Gelar tersebut dan diberi segala aksesoriesnya mengikut
adat istiadat Jawa dan seakan dengan adat istiadat Raja Melayu.
12. Benarkah Istana mengutip derma dari calon yang bergelar ?
Tidak benar, Istana tidak pernah berbuat demikian, tetapi ada Calon-calon yakni dari Jakarta yang mempunyai sifat menderma kepada Istana untuk tujuan pembaikian dan baik pulih Istana serta membantu orang yang miskin di sekitar Istana, dengan derma itu, pihak Istana akan menerima jika ianya ikhlas untuk bantuan tetapi tidak pernah meminta dan menetapkan jumlahnya.
13. Benarkah Penerima gelar ada dari serata tempat di Asian ?
Benar, pernah ramai yang menerima Gelar dari Singapura, Sabah, Sarawak, Philipines, Malaysia dan beberapa Negara jiran yang lain termasuk Jepun dan Afrika, kerana Gelaran ini merupakan suatu budaya dan suatu penghormatan.
14. Adakah yang bergelar Dato' ini akan dibayar Gaji atau mendapat Alaun ?
Tidak semua penerima Gelaran tidak kita Dato' atau Dato' Seri atau sebaliknya, tidak akan menerima sebarang alaun atau bayaran Gaji dari pihak Istana malahan ianya adalah suatu penghormatan Raja kepada Masyarakat, ianya suatu budaya dan juga penghormatan dan kedaulatan Raja yang dianugerahkan kepada individu tersebut.
15. benarkah Sultan Surakarta pernah menghadiahkah Buku Sejarah Karaton Surakarta kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Malaysia ?
Memang benar, Sultan Surakarta pernah berbuat demikian dengan disusuli dengan Surat Rasmi bahawa beliau memberi secara ikhlas.
16. Apakah prosudernya untuk mendapat Gelaran dari Karaton Surakarta ini ?
Seperti sedia maklum, Gelaran hanya diberi jika ianya diperkenan oleh Sultan Surakarta dan hendaklah mengisi borang pencalonan pihak Istana akan memriksa melalui saluran-saluran Negara jika perlu pihak Istana juga akan menghubungi pihak berkuasa Negara untuk membantu menyiasat latar belakang pencalon tersebut.
17. Betulkah Calon yang pernah ditolak di Negara Malaysia juga akan ditolak oleh Sultan Surakarta ?
Memang benar, disebabkan Sultan Surakarta berpegang teguh prinsipnya bagi menghormati daulat Raja-Raja maka beliau juga akan menghormati keputusan yang dibuat oleh mana-mana Raja yakni Raja yang ada di Malaysia.
18. Benarkah Sultan Surakarta boleh menarik balik Gelaran yang telah diberi ?
Benar, jika dengan sebab-sebab tertentu yang mengakibatkan baginda murka dan tidak gembira dengan sikap Dato' tersebut maka Dato' tersebut akan dikeluarkan dari keahliannya dengan menerima satu surat rasmi dari Sultan maka namanya akan dipadam dari senarai keahlian sebagai Dato'
19. Berapakah keluasan Istana Surakarta ?
Istana Surakarta berkeluasan secara umumnya seluas 108 Ekar atau 54 Hektar.
20. Benarkah Sultan Surakarta sering berkunjung ke Negara Malaysia ?
benar, tetapi bukan sering, mungkin dalam setahun paling kurang 1 kali atau 2 kali tetapi baginda boleh berkunjung kemana-mana sahaja dengan lebih kerap jika mempunyai undangan dari Negara tersebut.
21. Bagaimana caranya untuk menerima Gelar dari Karaton Surakarta ?
Caranya dengan mengisi borang dan borang pencalonan itu hendaklah diisi dengan jelas dan dihantar kepada pihak Kami untuk diproses dan dipilih mengikut tertib protokol Istana Surakarta dan satu majlis penganugerahan akan dibuat setiap tahun bagi mengperingati hari baik tahta SUltan Surakarta di Istana Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan bersyarat latar belakangnya bersih dan tidak ada sebarang masalah dengan Negara atau Undang-Undang Negara itu sendiri.