Mei 2008
ISKS Paku Buwana XIII telah berkenan untuk menghadiahkan Buku Karaton Surakarta Hadingrat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sebagai Cenderahati Ikhlas dari Baginda.
Galeri Penerima Gelar 2007 di Karaton Surakarta Hadiningrat
Majlis Santapan Malam bersama DYMM ISKS Paku Buwana XIII di Terengganu
Email : Dato' Alex Ong

Sejarah Perlantikan Utusan Kebudayaan DYMM ISKS PAKU BUWANA XIII pada 18 Mac 2008.
Untuk pengetahuan semua, pada mulanya Dato' Mau Yon Seong telah menerima gelar sebagai Dato' pada akhir tahun 2007 dan oleh kerana beliau minat dalam bidang memajukan Karaton maka peluang dibuka kepadanya untuk memajukan Karaton dalam bidang Kebudayaan , Kesenian , Pelancongan dan juga Ekonomi, dengan titah perkenan DYMM ISKS Paku Buwana XIII beliau diangkat menjadi sebagai Utusan Rasmi Kebudayaan untuk Wilayah Timur , bagi Negara Malaysia dan beliau telah mengembarkan kuasanya kepada rakan seperjuangannya yang setia dan bersama iaitu Dato' Alex Ong yang membantu untuk mengerjakan kerja-kerja yang perlu disiapkan demi kepentingan dan pembangunan Karaton Surakarta Hadiningrat, Indonesia.
Disamping itu juga beliau diberi kuasa untuk mencadang dan juga menyenaraikan para masyarakat yang dikira sesuai dan dikira layak untuk menerima gelar dari DYMM dan semua gelaran ini adalah didaftarkan dibawah satu sekretariat yang bernama Secretariat Dato-Dato Surakarta Malaysia yang sedang diteliti oleh pihak Jabatan Perdana Menteri bahagian Protokol dan Istiadat dan buat masa ini pihak Kerajaan Malaysia telah meluluskan dan bersedia untuk membuat kajian keatas Karaton Surakarta Hadiningrat bagi merealisasikan bahawa wujudnya Karaton Surakarta dan juga Pembesarnya serta para Bangsawan yang bergelar dan juga yang menerima Gelar yang menetap di dalam Negara Malaysia dan lain-lain negara Jiran.
Sesungguhnya Karaton Surakarta adalah sama seperti Istana-Istana yang ada didalam Negara Malaysia, kerana Karaton juga membawa maksud Istana, disebabkan Indonesia merupakan Negara Replublik maka Raja dan Sultan tidak lagi wujud kecuali Raja / Sultannya dalam Diplomatik menyertai politik, tetapi pernah ditanyakan soalan ini kepada Sultan Surakarta maka baginda menjawab memang benar jika kita menang maka kita disanjung tinggi, lebih-lebih lagi jika sebagai Raja / Sultan tetapi adalah pernah anda terfikir bahawa kita kalah ? dari status sebagai Raja / Sultan yang dihormati sebelum ini akan dipandang hina oleh masyarakat setempat, sebab itulah baginda tidak ingin menyertai bidang politik kerana Raja adalah tetap Raja walaupun tidak mempunyai kuasa dalam Negaranya disebabkan Replublik tetapi Raja / Sultan tetap dihormati oleh sekalian rakyatnya yakni setiap ulang tahun atau hari kebesaran contohnya hari sura, beribu ribu rakyat berkunjung dan menyertainya dan ini tidak pernah berlaku jika Raja tidak dihormati, ini menunjukkan bahawa Raja di Indonesia wujud dan tetap dihormati oleh rakyatnya.
.