Mei 2008
ISKS Paku Buwana XIII telah berkenan untuk menghadiahkan Buku Karaton Surakarta Hadingrat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sebagai Cenderahati Ikhlas dari Baginda.
Galeri Penerima Gelar 2007 di Karaton Surakarta Hadiningrat
Majlis Santapan Malam bersama DYMM ISKS Paku Buwana XIII di Terengganu
Email : Dato' Alex Ong

Perlantikan Setiausaha Sulit Raja Surakarta di Negara Malaysia berkuat-kuasa pada 2 Jun 2008
Karaton Surakarta Haginingrat yang terletak di Surakarta, Solo, Indonesia dikenali sebagai Karaton atau Istana yang tertua di Kepulauan Jawa yang. Kewujudan perlantikan wakil daripada Karaton Surakarta Hadiningrat adalah bermula semenjak tahun 1999.
Pada ketika itu, Karaton Surakarta dibawah Seri Paduka Yang Mulia Raja Surakarta Sinuwon Paku Buwono XII telah melantik YBhg. Dato' Seri Dr. Basiron sebagai Duta Besar Kebudayaan untuk Negara Malaysia dan berpusat di Johor. Selepas beliau meninggal dunia tugas ini dipikul oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Rosli Che Wan yang berpusat di Kuala Lumpur dan beliau telah mengendalikan segala urusan dan menyandang jawatan Duta Besar Kebudayaan di Malaysia, oleh kerana kerja-kerja pentadbiran Karaton Surakarta terlalu banyak maka pihak pentadbiran Istana Surakarta telah menetapkan jawatan yang baru kepada YBhg. Dato' Seri Dr. Rosli Che Wan dan mengangkat darjahnya kepada YBhg. Dato' Seri Amar DiRaja Dr. Rosli Che Wan dan diberi jawatan yang baru sebagai Utusan Paku Buwono XIII atau Wakil Khas kepada Sinuwon Paku Buwono XIII di Malaysia manakala dalam tempoh yang sama juga Sri Susuhunan Sinuwon Paku Buwono telah berkenan untuk melantik dua lagi pembantu yang bertempat di Negara Malaysia iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada Raja Surakarta dan juga Setiausaha Sulit Khas kepada Raja Surakarta yang mengendalikan kerja dan tugas agak berbeza, Setiausaha Sulit Kanan di sandang oleh YBhg. Dato' Sri Paduka Raja Mau Yon Seong manakala Setiausaha Sulit Khas disandang oleh YBhg. Dato' Sri Setia Raja Dr. Alex Ong masing-masing mendapat Darjah Kerabat Sri Kabadyo oleh Sri Susuhunan Paku Buwono XIII.
Titah Ingkang Sinuwon Kanjeng Susuhunan Paku Buwono XIII
1. bahwa dalam rangka menundak janjuti tugas-tugas dari Karaton Surakarta Hadiningrat dalam memajukan dan mengembangkan serta melestarikan budaya Jawa dalam pergaulan Dunia Internasional.
2. Serta memperhatikan Mukadimah Undang-undang Dasar 1945 Republik Indonesia menyatakan "dan untuk memajukan kesejahteraan umum, mencerdaskan kehidupan bangsa, dan ikut melaksanakan ketertiban dunia dan berdasarkan kemerdekaan, pendamaian abadi dan keadilan sosial"
Titah yang ditetapkan oleh baginda Sri Susuhunan Paku Buwono XIII
YBhg. Dato' Sri Paduka Raja, Dato' Seri Mau Yon Seong
Setiausaha Sulit Kanan Kepada Raja Surakarta Hadiningrat.
Tugas : -
a. Dipandang perlu mengangkat Yang Berbahagia Dato' Sri Paduka Raja Mau Yon Seong, DKSK (Surakarta), DKRA, DKRT, sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Sri Susuhunan Karaton Surakarta hadiningrat, I.S.K.S Paku Buwono XIII untuk Negara Malaysia dengan tugas khusus menangani urusan kerjasama dalam Bidang- bidang Perancangan Keuangan, Kebudayaan, Kesenian, Pariwisata (Pelancongan) dan Perdagangan
Titah yang ditetapkan oleh baginda Sri Susuhunan Paku Buwono XIII
YBhg. Dato' Sri Setia Raja Dr. Alex Ong Yeok Leng
Setiausaha Sulit Khas Kepada Raja Surakarta Hadiningrat.
Tugas : -
a. Dipandang perlu mengangkat Yang Berbahagia Dato' Sri Setia Raja Dr. Ong Yeok Leng, DKSK (Surakarta), DKRT, sebagai Setiausaha Sulit Khas kepada Sri Susuhunan Karaton Surakarta hadiningrat, I.S.K.S Paku Buwono XIII untuk Negara Malaysia dengan tugas khusus menangani urusan kerjasama dalam Bidang- bidang Khas dengan DYMM Raja-Raja Melayu, Pembesar Negara dan Negeri dalam bidang Kebudayaan, Kesenian, Pariwisata (Pelancongan) dan Perdagangan.
|
|
| Wartikah Perlantikkan Setiausaha Sulit Kanan | Wartikah Perlantikan Setiausaha Sulit Khas |
| Dilantik pada 2 Jun 2008 dan berkuat-kuasa selama 3 Tahun | |
.