Bahasa | English | 华文
Mei 2008
ISKS Paku Buwana XIII telah berkenan untuk menghadiahkan Buku Karaton Surakarta Hadingrat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sebagai Cenderahati Ikhlas dari Baginda.
Galeri Penerima Gelar 2007 di Karaton Surakarta Hadiningrat
Majlis Santapan Malam bersama DYMM ISKS Paku Buwana XIII di Terengganu
Email : Dato' Alex Ong

Senarai Darjah Kebesaran yang telah di Wartakan
SUSUNAN DARJAH,
BINTANG DAN PINGAT MENGIKUT ISTIADAT RAJA
DARJAH -
DARJAH KERABAT
1. DARJAH KERABAT TERTINGGI KANJENG PANGERAN HARYO ADIPATI (D.K.T)
2. DARJAH KERABAT SRI NUGROHO KELAS 1 (D.K.S.N)
3. DARJAH KERABAT SRI KABADYO KELAS 1 (D.K.S.K)
4. DARJAH KERABAT KANJENG PANGERAN ARYO ADIPATI (D.K)
5. DARJAH KERABAT SRI NUGROHO KELAS 2 (D.K.S.N) + DATO’ BERGELAR
6. DARJAH KERABAT SRI KABADYO KELAS 2 (D.K.S.K) + DATO’ BERGELAR
DARJAH -
DARJAH KEBESARAN
1. DARJAH SERI SETIA KANJENG PENGERAN HARYO (S.K.P.H) DATO’ SERI DIRAJA
2. DARJAH SERI SETIA KANJENG PANGERAN ARYO (S.K.P.A) DATO’ SERI PADUKA
3. DARJAH SERI SETIA KANJENG PANGERAN (S.S.K.P) KELAS 1 DATO’ SERI
4. DARJAH SERI KANJENG RADEN ARYO (S.K.R.A) KELAS 2 DATO’ SERI
5. DARJAH DATO’ KANJENG RADEN ARYO TUMENGGUNG (D.R.A.T) DATO’ PADUKA
6. DARJAH DATO’ KANJENG RADEN TUMENGGUNG (D.K.R.T) DATO’
BINTANG -
BINTANG
1. BINTANG SETIA MANGKU PAKU BUWANA XIII (S.M.P)
2. BINTANG GAGAH BERANI (B.G.B)
3. BINTANG TAAT BAKTI (B.T.B)
4. BINTANG AHLI MANGKU PAKU BUWANA XIII (A.M.P)
PINGAT-
PINGAT
1. PINGAT SETIA MANGKU PAKU BUWANA XIII (P.M.P)
2. PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T)
3. PINGAT KHIDMAT LAMA (P.K.L)
4. PINGAT GAGAH BERANI (P.G.B)
5. PINGAT JASA BAKTI (P.J.B)
6. PINGAT PERTABALAN SRI SUSUHUNAN (P.P)
SURAT
1. SURAT KEPUJIAN / PENGHARGAAN
DEFINISI DAN PENERANGAN SECARA LENGKAP
DARJAH - DARJAH
KERABAT
1. DARJAH KERABAT TERTINGGI KANJENG PANGERAN HARYO ADIPATI (D.K.T)
Diwujudkan dan diwartakan (1893)
Darjah ini diberi kepada Sultan atau Raja atau Ketua Negara yang di kira sesuai oleh Sri Susuhunan dan Penerima Darjah ini merupakan ahli Kerabat yang paling tinggi di Istana Surakarta Hadiningrat dan ianya dikelaskan sebagai orang yang amat dihormati dan amat disanjungi.
Gelaran untuk Lelaki : Tiada
Gelaran untuk Perempuan : Tiada
2. DARJAH KERABAT SRI NUGROHO KELAS 1 (D.K.S.N)
Diwujudkan dan diwartakan (1945)
Darjah ini diberikan kepada Raja / Sultan atau anakdanya atau Permaisuri atau pun mana-mana Menteri dan Ketua Negara yang berkhidmat lebih daripada 25 Tahun dan dikira layak oleh Sri Susuhunan, Penerima Darjah ini dikira seorang yang amat dihormati dan disanjung tinggi.
Gelaran untuk Lelaki : Tiada
Gelaran untuk Perempuan : Tiada
3. DARJAH KERABAT SRI KABADYO KELAS 1 (D.K.S.K)
Diwujudkan dan diwartakan (1945)
Darjah ini diberi kepada Raja / Sultan atau anakdanya atau Permaisuri atau mana-mana Menteri dan Ketua Negara yang sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan Istana dan juga sentiasa membantu Istana melalui pelbagai cara untuk tujuan pembangunan dan perkembangan budaya Jawa di difikir layak oleh Sri Susuhunan dan beliau ini amatlah dihormati dan disanjung tinggi.
Gelaran untuk Lelaki : Tiada
Gelaran untuk Perempuan : Tiada
4. DARJAH KERABAT KANJENG PANGERAN ARYO ADIPATI (D.K)
Diwujudkan dan diwartakan (1893)
Darjah ini diberikan kepada mereka yang dikira sesuai oleh Sri Susuhunan dan kebiasaannya seperti Permaisuri Raja / Sultan atau Yang DiPertuan dan juga boleh ditimbangkan kepada anakdanya yang sudah matang dan berjasa kepada Istana dan ianya dikelaskan sebagai ahli yang amat dihormati dan disanjung tinggi.
Gelaran untuk Lelaki : Tiada
Gelaran untuk Perempuan : Tiada
5. DARJAH KERABAT SRI NUGROHO KELAS 2 (D.K.S.N) DATO’ BERGELAR
Diwujudkan dan diwartakan (2004)
Darjah ini diberikan kepada orang awam atau Dato-Dato yang telah menerima gelar dari Istana Surakarta yang memberi perkhidmatan dan jasanya selama lebih daripada 25 tahun layak meneri Darjah ini jika difikirkan sesuai oleh Sri Susuhunan dan beliau ini akan menerima Gelaran Khusus daripada Sri Susuhunan mengikut jasa dan bakti yang diberikan.
Gelaran untuk Lelaki : Dato' Seri dan beserta ( Gelaran Khusus )
Yakni : Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Paduka Raja dan dikuti oleh namanya
Gelaran untuk Perempuan : Datin Seri dan beserta (Gelaran Khusus )
Yakni : Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka Raja dan diikuti oleh namanya
6. DARJAH KERABAT SRI KABADYO KELAS 2 (D.K.S.K) DATO’ BERGELAR
Diwujudkan dan diwartakan (2004)
Darjah ini diberikan kepada mereka yang telah meneri Dato' atau Gelar dari
Istana Surakarta atau telah mempunyai Gelaran Khusus yang diberikan oleh
Mana-Mana Raja dan Sultan atau yang DiPertuan Negeri layak menerimanya
jika difikirkan sesuai oleh Sri Susuhunan dan beliau hendaklah berjasa dan
hendaklah setiasa membantu Istana tidak kira dari apa-apa bidang yakni
bidang tenaga atau pun bidang pengelolaan Kebudayaan Jawa dan beliau ini
akan menerima gelaran Khusus disamping menerima Gelaran Darjah Kerabat
Istana.
Gelaran untuk Lelaki : Dato' Seri dan beserta ( Gelaran Khusus )
Yakni : Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Paduka Raja dan dikuti oleh namanya
Gelaran untuk Perempuan : Datin Seri dan beserta (Gelaran Khusus )
Yakni : Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka Raja dan diikuti oleh namanya
DARJAH -
DARJAH KEBESARAN
1. DARJAH SERI SETIA KANJENG PENGERAN HARYO (S.K.P.H) DATO’ SERI DIRAJA
Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)
Darjah ini merupakan darjah yang paling tinggi dikalangan Darjah Kebesaran yang membawa pelbagai gelaran yakni Gelaran Dato atau Dato Paduka dan Darjah ini adalah diwajibkan supaya penerimanya hendaklah terlebih dahulu mempunyai Gelaran dan ini merupakan satu penghormatan dan Darjah ini haruslah di perkenan oleh Sri Susuhunan dan beliau ini dikelaskan orang yang paling dihormati dalam Keluarga Darjah Kebesaran.
Gelaran untuk Lelaki : Dato' Seri DiRaja
Gelaran Untuk Isteri : Datin Seri DiRaja
Gelaran untuk Perempuan : Dato' Seri DiRaja
Gelaran untuk Suami : Tiada
2. DARJAH SERI SETIA KANJENG PANGERAN ARYO (S.K.P.A) DATO’ SERI PADUKA
Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)
Darjah ini adalah diberi kepada mereka yang sangat berjasa dan berbakti kepada Sri Susuhunan dan juga Karaton Surakarta dan penerima Darjah ini haruslah mempunyai latar belakang Dato' atau Datuk dahulu sebelum menerima Darjah yang agak tinggi ini dan semua pencalonan haruslah mendapat perkenan dari Sri Susuhunan dahulu, penerima darjah ini merupakan orang yang paling dihormati.
Gelaran untuk Lelaki : Dato' Seri Paduka
Gelaran Untuk Isteri : Datin Seri Paduka
Gelaran untuk Perempuan : Dato' Seri Paduka
Gelaran untuk Suami : Tiada
3. DARJAH SERI SETIA KANJENG PANGERAN (S.S.K.P) KELAS 1 DATO’ SERI
Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)
Darjah ini beri kepada mereka yang telah pun berjasa dan dikira sesuai oleh Sri Susuhunan dan mereka ini haruslah menyetahui adat istiadat budaya Karaton disamping itu, mereka ini hendaklah sentiasa memikirkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan untuk Karaton dan penerima Darjah ini dikelaskan sebagai orang yang dihormati.
Gelaran untuk Lelaki : Dato' Seri
Gelaran Untuk Isteri : Datin Seri
Gelaran untuk Perempuan : Dato' Seri
Gelaran untuk Suami : Tiada
4. DARJAH SERI KANJENG RADEN ARYO (S.K.R.A) KELAS 2 DATO’ SERI
Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)
Darjah ini adalah merupakan Darjah Kelas dua jika dibandingkan dengan Darjah Seri Setia Kanjeng Pangeran dan Darjah ini adalah kepada mereka yang baru dianugerahkan manjadi Dato' dari Karaton Surakarta dan belum mempunyai pengalaman luas tetapi layak untuk menerima Darjah ini, maka difikirkan sesuai untuk diberi Gelar ini jika ianya diperkenan oleh Sri Susuhunan dan penerima Darjah ini digolongkan sebagai ahli kehormat.
Gelaran untuk Lelaki : Dato' Seri
Gelaran Untuk Isteri : Datin Seri
Gelaran untuk Perempuan : Dato' Seri
Gelaran untuk Suami : Tiada
5. DARJAH DATO’ KANJENG RADEN ARYO TUMENGGUNG (D.R.A.T) DATO’ PADUKA
Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)
Darjah ini diberikan kepada mereka yang telah mempunyai Darjah sebelum ini atau pun belum mempunyai darjah tetapi layak untuk menerima, mereka ini digolongkan sebagai ahli kehormat dan diberi gelaran ini jika ianya dipersetujui oleh Sri Susuhunan dan beliau ini hendaklah berjasa dan berbakti kepada Karaton.
Gelaran untuk Lelaki : Dato' Paduka
Gelaran Untuk Isteri : Datin Paduka
Gelaran untuk Perempuan : Dato' Paduka
Gelaran untuk Suami : Tiada
6. DARJAH DATO’ KANJENG RADEN TUMENGGUNG (D.K.R.T) DATO’
Diwujudkan dan diwartakan (1893) disusun semula (2004)
Darjah ini sesuai diberi kepada mereka yang dikira berjasa kepada Negeri Negara mahupun dalam bidang sukarelawan dan sentiasa membantu masyarakat setempat ataupun membantu dari segi penajaan tidak kira diNegara asalnya atau pun di Karaton dan penerima Gelar ini merupakan ahli kehormat dan ianya boleh diberi jika diperkenan oleh Sri Susuhunan.
Gelaran untuk Lelaki : Dato'
Gelaran Untuk Isteri : Datin
Gelaran untuk Perempuan : Dato'
Gelaran untuk Suami : Tiada
BINTANG -
BINTANG (diwarta 2004)
1. BINTANG SETIA MANGKU PAKU BUWANA XIII (S.M.P)
Diberi kepada mereka yang dikira berpengalaman dan taat setia kepada Raja dan penerima ini tidak membawa apa-apa Gelaran tetapi digolongkan sebagai ahli kehormat Kelas 2 diberi jika diperkenan oleh Sri Susuhunan.
2. BINTANG GAGAH BERANI (B.G.B)
Diberikan kepada mereka yang pernah berkhidmat untuk Negara dan sentiasa memikirkan keamanan dan kesejahteraan Negara dan ianya haruslah diperkanan oleh Sri Susuhunan. Tiada gelaran Khusus
3. BINTANG TAAT BAKTI (B.T.B)
Diberi kepada mereka yang Taat dan setia kepada Raja dan Negara mahupun Negeri dan berbakti kepada Negara dan semuanya terutama kepada Karaton dan sentiasa memikirkan pembangunan dan membantu Masyarakat diberi jika difikirkan sesuai oleh Sri Susuhunan. Tiada Gelaran Khusus
4. BINTANG AHLI MANGKU PAKU BUWANA XIII (A.M.P)
Diberikan kepada mereka yang dikira sesuai oleh Sri Susuhunan dan penerima
Bintang ini merupakan oenerima dan persiapan untuk melangkah kepada
peringkat yng lebih tinggi, kebiasaannya penerima ini haruslah mempelajari
pelbagai budaya Karaton untuk dianugerahkan Bintang dan Darjah yang lebih
tinggi kemudian Hari dan penerima ini hendaklah Taat dan berbakti kepada
Negeri mahupun Negara asalnya. Penerima tidak membawa sebarang Gelar.
PINGAT-
PINGAT (diwarta 2004)
1. PINGAT SETIA MANGKU PAKU BUWANA XIII (P.M.P)
Diberika kepada mereka yang setia kepada Raja dan Negara dan difikir sesuai oleh Sri Susuhunan.
2. PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T)
Diberi kepada mereka yang sentiasa menunjukkan contoh dan boleh menjadi contoh kepada semua dengan pekerti baiknya itu dan dikira sesuai oleh Sri Susuhunan.
3. PINGAT KHIDMAT LAMA (P.K.L)
Diberi kepada mereka yang perkhidmatannya lama melebihi 25 tahun dalam sesuatu badan dan tidak mempunyai masalah yang berat dalam disiplinnya dan jika difikirkan sesuai oleh Sri Susuhunan.
4. PINGAT GAGAH BERANI (P.G.B)
Diberi kepada mereka yang pernah menjadi askar atau pun Polis mahu pun yang sedang bertugas sekarang juga sesuai untuk menerimanya jika difikir sesuai oleh Sri Susuhunan.
5. PINGAT JASA BAKTI (P.J.B)
Diberika kepada mereka yang berjasa dan berbakti kepada Negeri dan Negara dan difikirkan sesuai oleh Sri Susuhunan
6. PINGAT PERTABALAN SRI SUSUHUNAN (P.P)
Diberi pada setiap hari pertabalan pada setiap tahun kepada mereka yang
menyertainya bolehlah memakai pingat pertabalan ini.
SURAT (diwarta
2004)
1. SURAT KEPUJIAN / PENGHARGAAN
Diberi kepada mereka yang dikira sesuai menerimanya oleh Sri Susuhunan sebagai contoh mereka yang cemerlang dalam bidang akademik atau pun bidang sukan seperti Juara dalam Sukan juga boleh dipertimbangkan untuk memberi Surat Kepujian ini jika dipersetujui oleh Sri Susuhunan.